Nasional

Golongan Anti-Vaksin Mula Cuba Tawar Rasuah, Cari Jalan Mahu Sijil Vaksinasi Di MySejahtera!

Memandangkan sektor ekonomi sudah mula dibuka perlahan-lahan, terdapat beberapa keistimewaan kepada rakyat Malaysia yang sudah menerima suntikan vaksin.

Antaranya rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin, dalam tempoh selepas 14 hari, orang ramai berpeluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Biar pun masih terdapat beberapa SOP yang ketat untuk mencegah daripada terus wujudnya varian yang baharu, berita itu sedikit sebanyak memberikan khabar gembira.

Namun bagi golongan anti-vaksin, perkhabaran itu disifatkan tidak adil kerana mereka juga berpendapat layak menerima peluang yang sama biar pun tidak divaksin.

Lebih mengejutkan, tular beberapa tangkap layar mengenai golongan anti-vaksin yang tidak mahu disuntik namun mahu mendapatkan sijil vaksinasi lengkap di aplikasi MySejahtera mereka.

Mereka dilihat sedaya upaya cuba merasuah petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan cara tersendiri dan berharap petugas PPV dapat membantu mereka.

Setelah gagal mendapatkan sijil vaksinasi dengan cara yang salah serta paling mengarut, petugas PPV itu dimaki kononnya bersubahat dengan agenda Yahudi, New World Order dan sebagainya.

Melihat pada situasi yang sedang berlaku ini, sesungguhnya golongan anti-vaksin seharusnya membina komuniti sendiri yang terpisah daripada golongan penerima vaksin.

Hal ini kerana boleh jatuh hukum ‘haram’ kalau golongan anti-vaksin yang selalu mengecam ini tiba-tiba bercampur dengan golongan yang sudah kena vaksin.

Sehubungan itu, golongan anti-vaksin diminta untuk jangan buat benda yang pelik-pelik dan seharusnya sedar diri kerana mereka yang memilih untuk kekal ‘suci’ daripada penyakit.

Harap golongan anti-vaksin ini tidak merokok, bukan kaki merokok, bukan kaki ketum dan sebagainya kerana perbuatan itu sama sahaja membenarkan tubuh menerima bahan-bahan daripada luar.

Kredit : Mustaqim Halil

Nota : Penulisan tidak menggambarkan pendirian Suara Merdeka. Suara Merdeka juga tidak bertanggungjawab ke atas setiap komen yang ditulis oleh pengguna media sosial.

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button