Luar Negara

Endemik gangguan seksual dalam institusi kehakiman

ISU gangguan seksual merupakan satu endemik berlaku hampir di mana-mana sahaja terutama ditempat kerja dalam pelbagai industri.

Malah, ia merupakan satu eksploitasi terhadap manusia sama ada lelaki ataupun wanita sehingga menimbulkan dilema peribadi dan tekanan di tempat kerja.

Kelakuan itu juga tidak terhad dalam sektor swasta, perkara tidak bermoral tersebut turut berlaku dalam perkhidmatan awam dan institusi kehakiman.

Seperti yang dilaporkan portal The Guardian baru-baru ini, suatu kes melibatkan seorang bekas hakim Mahkamah Tinggi di Australia terbongkar.

Menurutnya, bekas hakim, Dyson Heydon didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap beberapa rakan sekerjanya sepanjang tempoh berkhidmat.

BACA > Henti nilai keupayaan melalui kaum, ‘Melayu malas’ – Anwar — Suara Merdeka

“Wanita yang membuat aduan tentang Heydon adalah seorang yang berani, berpendidikan tinggi dan mungkin mempunyai sokongan profesional dan sosial yang kuat.

“Bagaimanapun, Heydon menafikan semua tuduhan gangguan seksual yang dilakukannya.

“Walapun ramai yang menentangnya tetapi tiada penguatkuasaan undang-undang dan Heydon akhirnya terus mengganggu wanita di sana.

“Selain kes Heydon, ada lagi ketakutan dialami wanita lain termasuklah risau tidak mendapat kerja sekiranya mereka berhenti kerana gangguan seksual.

“Malah ada, mangsa yang ‘diikat’ oleh majikan yang membayar visa pekerjaannya. Kita dengar masalah setiap hari di Bantuan Guaman Victoria.”

Demikian kata pengurus program perundangan kesaksamaan di Bantuan Guaman Victoria.

Oleh demikian Peguam Besar Victoria, Jill Hennessy mengumumkan akan menyiasat masalah tersebut menerusi satu kaji selidik yang dijalankan Dr. Helen Szoke.

BACA > Nasruddin ganti Nik Omar sebagai YDP YADIM — Suara Merdeka

Kaji selidik tersebut disemak bagi membanteras masalah gangguan seksual yang dialami dalam mahkamah negeri, perkhidmatan awam dan pentadbiran tribunal.

Jabatan Keadilan Victoria juga akan melakukan semakan terhadap dasar dan amalan dalam firma guaman yang memberikan perkhidmatann kepada kerajaan.

“Ini adalah berita baik untuk peguam di Victoria seperti saya.

“Dalam 10 tahun pengalaman saya mengendalikan kes gangguan seksual, ramai anak guam terpaksa berhenti kerja.

“Ini kerana majikan gagal memberi sokongan sewajarnya bagi membantu mangsa gangguan seksual di tempat kerja.

“Kami ada kaedah penyelesaian, majikan pula mempunyai kuasa untuk menghentikan masalah gangguan seksual di tempat kerja,” ujarnya.

Tambahnya, perubahan besar boleh berlaku sekiranya undang-undang yang lebih tegas dikuatkuasakan.

BACA > Sultan bimbang jenayah seksual meningkat di Selangor – Suara Merdeka

Kemudian, galakan perubahan dilakukan dengan mendidik majikan kaedah pembasmian masalah gangguan seksual dan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukannya. – SM

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button