Analisis

Anwar akhirnya terpaksa “pinggirkan” Zahid, Rafizi

DATUK Seri Anwar Ibrahim akhirnya sedar beliau tidak boleh berharap kepada para menteri kabinetnya untuk menyelamatkan negara ini.

Perdana Menteri terpaksa memanggil Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani yang  pernah menjadi menteri kewangan kedua dan lebih arif daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Selain itu Anwar juga memanggil Khairy Jamaluddin, mantan menteri kesihatan .

Dalam hantaran ke Facebook miliknya Anwar menjelaskan memanggil dua pemimpin berkenaan serta pakar-pakar ekonomi bagi menentukan dasar ekonomi ekonomi bagi berdepan dengan situasi yang semakin getir.

Matawang negara terus menjunam kerana lemahnya dagangan antarabangsa dan begitu juga inflasi dijangka naik ketika harga barangan keperluan terus meningkat mengakibatkan kos sarahidup meroket naik.

Reaksi netizen terhadap langkah yang diambil oleh Anwar itu sangat positif dan menyifatkan inilah semangat kerajaan perpaduan.

Jika Anwar lebih berani beliau perlu menggugur para menteri yang tidak kompeten seperti Rafizi dan Mohamad Sabu serta Fahmi Fadzil yang menyebabkan kerajaan beliau menjadi bahan jenaka semata-mata.

Mereka ini hanya layak menjadi ahli politik semata-mata dan bukan ahli kabinet.

(Visited 852 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button