Nasional

Enam Skop Kerjasama Malaysia – Turkiye Akan Terus Dikembangkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan tentang persetujuan beliau dan Erdogan agar kerjasama kedua-dua negara ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik komprehensif.

“Kami telah bersetuju agar kerjasama itu ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik komprehensif memandangkan skop kerjasama telah berkembang meliputi pelbagai sektor.

“Perkembangan skop tersebut meliputi sektor seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan makanan, pelancongan, perbankan Islam, dan industri pertahanan yang akan terus dikembangkan untuk manfaat bersama,” katanya.

Perkara itu disampaikan Perdana Menteri sempena lawatan rasmi bagi memperingati ulang tahun ke-58 hubungan diplomatik Malaysia-Turkiye.

Terdahulu pada 2014, semasa lawatan Erdogan ke Kuala Lumpur, Malaysia dan Turkiye telah melancarkan Kerangka Kerjasama Strategik.

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button