Hiburan

Kakak Neelofa sah bercerai talak satu dengan Engku Emran

Kakak kepada selebiriti Neelofa, Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada pukul 12.51 tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Nabila menyifatkan perceraian tersebut sebagai takdir yang tertulis.

Katanya, perpisahan ini bukan perjalanan yang mudah namun dia reda.

Mereka sah cerai talak satu

“Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya selesai dengan cara baik. Semua ini adalah takdir untuk dilalui dan saya mohon doa anda supaya saya dan anak diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini.

“Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuan-Nya.

“Terima kasih kepada semua yang bersama saya dan sentiasa memberi sokongan dari segi emosi dan mendoakan urusan ini dipermudahkan,” luahnya.

Terdahulu, Nabila memaklumkan dia dan Emran bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi NabilaEngku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan primadona alaf baharu, Erra Fazira dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan  seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pula pernah berkahwin dengan aktor sensasi Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Artikle Berkaitan :>

Status Rumah Tangga Noor Nabila Dan Engku Imran Jadi Tanda Tanya

Erra doakan Engku Imran bahagia bersama Nabila

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button