Jenayah

Mayat warga emas ditimbus tanah separuh badan

SEORANG lelaki warga emas ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dengan separuh badan tertimbus tanah, disyaki dibunuh, berhampiran sebuah kolam tadahan hujan milik Jabatan Pengairan dan Saliran di Jalan UP 3/1 Ukay Perdana hari ini.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata rentetan penemuan pada 1.30 tengah hari itu, polis menahan seorang kontraktor berusia 56 tahun dan anak lelakinya berumur 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu jengkaut.

Kedua-dua suspek membuat laporan polis berhubung penemuan mayat lelaki berusia 64 tahun tersebut dan mendakwa sebelum itu mencari dan menghubungi mangsa yang merupakan pemandu jengkaut dan pekerja kontraktor berkenaan, namun tidak berjawab.

mayat

“Polis menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap, berpakaian lengkap tidak berselipar dan separuh badan tertimbus dengan tanah,” katanya dalam kenyataan.

Azam berkata pemeriksaan awal terhadap mangsa menemukan kesan kecederaan teruk pada bahagian badan dan kepala.

“Kedua-dua suspek ditahan dan akan direman esok di Mahkamah Ampang bagi membantu siasatan kes menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya, menambah motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Shahrul Nizam di talian 019-8032684 atau balai polis berhampiran,” katanya.-BERNAMA 

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button