Nasional

Kementerian Pendidikan kaji semula pelaksanaan kasut, stoking warna hitam

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam secara beransur-ansur pada sesi persekolahan 2019 hingga 2021.

Dalam satu pekeliling yang diedarkan semalam, Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Datuk Mohd. Jamil Mohamed berkata, kementerian berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan kajian tersebut berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada pihak sekolah.

“Sehubungan dengan itu KPM memohon kerjasama pihak sekolah dalam membantu kajian ini dengan melengkapkan maklum balas bagi soalan kajian yang boleh diekses secara dalam talian.

“Adalah dimaklumkan bahawa kajian ini perlu diselesaikan oleh pihak sekolah sebelum atau pada 22 Januari 2020,” kata Mohd. Jamil.

Surat pekeliling pelaksanaan pemakaian kasut dan stokong berwarna hitam itu dikongsi oleh Facebook Friends of Maszlee Malik.

Dasar kasut hitam diperkenalkan oleh bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik pada 29 Julai 2018 sebaik sahaja dilantik ke jawatan tersebut.

Pada waktu itu, Maszlee berkata, murid sekolah rendah dan menengah akan memakai kasut hitam mulai 2019 susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Katanya, langkah itu berupaya membantu menceriakan pelajar, terutama dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah.

Pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

Kementerian Pendidikan menjelaskan keputusan berkenaan diambil selepas mempertimbangkan pandangan semua pihak berkepentingan, merangkumi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), murid, pentadbir sekolah, pertubuhan bukan kerajaan dan pembekal.

“Kementerian bersetuju pemakaian kasut hitam perlu dilaksanakan secara beransur-ansur mulai sesi persekolahan 2019 dan diperluaskan penggunaannya pada 2020.

Dalam tempoh peralihan itu, murid masih dibenarkan untuk memakai kasut putih,” kata Kementerian dalam satu kenyataan pada 13 Oktober 2018.

 Kasut hitam: Hanya kajian pelaksanaan, bukan batal

Dr Maszlee mengumumkan peletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 2 Januari lalu. Beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Keputusan ini dibuat selepas saya dilihat bukan melalui pencapaian. Kementerian Pendidikan sering jadi perhatian terutama media bukannya melalui pencapaian kita, apa yang berlaku selama 20 bulan ini yang tidak dicapai pada tahun (kepemimpinan) sebelum ini.

“Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepemimpinan terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan sarapan percuma, dan saya percaya keputusan ini bukan pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan baharu,” katanya pada sidang media khas  pada 2 Januari lalu.-SM

(Visited 1,788 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button