Luar Negara

Empat terbunuh dalam serangan militan di Iraq

EMPAT orang terbunuh dan enam yang lain cedera dalam serangan berkembar oleh kumpulan militan barat dan timur Iraq, kata sumber keselamatan pada hari Sabtu.

Di wilayah Anbar, militan menyerang sebuah rumah anggota polis di luar bandar Heet, kira-kira 160 km sebelah barat Baghdad sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan, kata Mejar Abdul-Sattar al-Dulaimi dari polis wilayah itu.

Serangan itu mengakibatkan seorang anggota polis, bapa dan abangnya maut, kata al-Dulaimi, sambil menambah bahawa pasukan keselamatan telah melancarkan operasi untuk mengesan penyerang.

Pada malam Jumaat, militan melepaskan tembakan ke arah kedudukan tentera Iraq di kawasan perumahan di luar bandar Jalawlaa di wilayah timur Diyala, kata Abbas al-Nadawi dari polis wilayah itu kepada Xinhua.

Seorang askar terbunuh dan enam orang cedera dalam serangan itu, tambah al-Nadawi.


Keadaan keselamatan di Iraq bertambah baik sejak pasukan keselamatan Iraq mengalahkan militan IS pada tahun 2017.

(Visited 23 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button