Hiburan

Rudy Imran meninggal dunia

INNALILLAHWAINNALILLAHHIROJIUN. Tergamam seketika mendapat perkhabaran, wartawan hiburan, penulis lirik yang dikenali, Rudy Imran Shamsudin telah pulang kerahmatullah kira-kira sejam yang lalu.

Allahyarham Rudy Imran yang menggunakan nama pena Imam Imran, meninggal dunia di rumah peninggalan arwah ibunya di Semenyih.

Rudy Imran pernah berkhidmat sebagai wartawan di Kumpulan Utusan Melayu termasuk di Bahagian Majalah, Majalah HAI sebelum berhijrah ke kumpulan NSTP.

Setakat ini, jenazah allahyarham Rudy Imran masih berada di rumah dan rakan-rakan akan memaklumkan perkembangan terkini.

Salam takziah kepada seluruh keluarga, rakan-rakan allahyarham Rudy Imran. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah. – SM

(Visited 683 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button