fbpx
Nasional

Empat rumah flat di Jalan Loke Yew terbakar

PENDUDUK di kawasan Blok 42, Flat Mawar, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur gempar selepas berlaku kebakaran di tingkat empat dan lima blok berkenaan.

Susulan kejadian, empat orang warga emas telah mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan.

Warga emas yang dibantu selepas mengalami sesak nafas akibat kebakaran yang berlaku. – Gambar ihsan JBPM KL

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.44 petang.

Komander Operasi, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah serta Pudu telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati berlaku kebakaran melibatkan tiga buah rumah di tingkat empat dan sebuah rumah di tingkat lima.


Keadaan sebuah daripada empat rumah yang terbakar. Gambar ihsan JBPM KL

“Sebuah rumah di tingkat empat hangus sepenuhnya manakala tiga lagi rumah dianggarkan terbakar sekitar 30 dan 40 peratus,” jelasnya.

Tambah Muhammad Ridhwan, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.01 petang dan punca kebakaran masih disiasat. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button