Nasional

Empat pelajar terima Anugerah Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra

KANGAR, 21 Sept — Empat pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di negeri ini menerima Anugerah Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YSTP) Perlis.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan anugerah berupa pingat, sijil dan hadiah wang tunai RM1,000 itu kepada setiap penerima dalam satu majlis di  sini hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Naharudeen Othman.


Tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Kangar menerima anugerah tersebut iaitu Chuah Bee Tian yang mendapat keputusan 11A, Lee Jing Yao (9A) dan Alia Natasha Salleh (7A), manakala seorang lagi penerima ialah daripada  SMK  Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, iaitu Aina Shaza Hashini (8A).

Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menyampaikan Anugerah Kepujian SPM 2019 kepada lima pelajar dan mereka menerima sijil serta wang tunai RM500 setiap seorang.

Seramai 34 pelajar yang memperoleh keputusan memberangsangkan pada SPM tahun lepas pula menerima anugerah khas berupa sijil dan wang tunai RM300 setiap seorang.

— BERNAMA

(Visited 122 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button