Nasional

JKM jelaskan Rina cuci kesan najis bukan simen bersih

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, telah membantu membersihkan kesan-kesan najis unggas dan cicak di pusat pemindahan banjir, jelas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam.

Rina telah mendapat kecaman daripada netizen selepas videonya menggunakan water jet untuk mencuci simen bersih dan dikelilingi oleh jurukamera ketika terlibat dalam operasi pasca bencana banjir pada semalam.

JKM mengatakan Rina bukan sahaja terlibat dalam kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi beliau juga menyusun atur logistik lain di sekolah itu.

“JKM selaku jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian YB Datuk Seri Rina untuk mencuci kesan-kesan najis dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah yang sukar dicuci sebelum ini.

“Memandangkan water jet sudah tersedia, beliau menerima permintaan itu dan melakukannya dengan hati terbuka,” katanya.

Rina dan sukarelawan Keluarga Malaysia yang lain juga telah membersihkan dan menyusun semula meja dan kerusi di dalam bilik darjah sebagai persediaan untuk sesi persekolahan akan datang.

Terdahulu, Rina pernah menjawab kritikan di media sosial mengenai pemakaian kasut tumit tinggi di PPS, dengan mengatakan dia tidak sempat menukar kasut selepas menghadiri perhimpunan agung Bersatu pada awalnya. – SM

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button