Uncategorized

Empat orang dalam senarai Tun M hadir di rumah Muhyiddin

EMPAT orang ahli parlimen yang nama mereka tercatat dalam senarai yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad juga hadir memberi sokongan di rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keempat-empat mereka itu turut menandatangani surat di hadapan lima presiden parti yang hadir.

ANNUAR MUSA

“Ada pihak baru nak keluar senarai 114 malam ini. Dah la dalam senarai itu ada empat orang yang hadir sendiri di TSMY pagi tadi.

“Malah menandatangani surat di hadapan lima presiden parti . Lucu sungguh. Lagi pun senarai begini tak laku. Apa lagi senarai yang datang selepas Yang di-Pertuan Agong dah buat keputusan,” kata Annuar dalam hantaran di twitternya malam ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan media.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Setelah mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh (P143)”.

Menurut Ahmad Fadil, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan diadakan pada 10.30 pagi esok di Istana Negara.

Sementara tu Dr. Mahathir yang kembali ke pangkuan Pakatan Harapan (PH) malam ini telah mengeluarkan senarai 114 orang ahli parlimen yang didakwa menyokong PH.

Malah ‘majlis’ menurunkan tanda tangan oleh ahli parlimen terbabit turut disiarkan secara langsung di facebook.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini Dr. Mahathir berkata beliau telah menyediakan surat untuk dihantar kepada Agong yang menerangkan kedudukan perkara ini serta sokongan 114 ahli parlimen yang diberikan kepadanya.

Beliau berharap pihak Yang di-Pertuan Agong akan menerima surat dan penjelasan tersebut. – SM

(Visited 865 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button