Pembaca

Empat kes Covid-19, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat disambung Isnin

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat disambung ke hari Isnin depan berikutan pertambahan kes Covid-19 di Bangunan Parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata terdapat dua lagi kes dikesan selepas ahli dan kakitangan parlimen diminta membuat ujian saringan Covid-19 pada pukul 3.30 petang.

Sebelum itu, pada pukul 3.30 petang tadi Mohd Rashid menangguhkan mesyuarat ke pukul 5.15 petang selepas mendapat surat daripadan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat dua kes Covid-19 dikesan hari ini.

Ketika sidang ditangguhkan ahli parlimen dan kakitangan yang terlibat diminta menjalani ujian saringan yang dilakukan di Bangunan Parlimen.

“Kita dapati dua lagi kes positif baharu dikesan. Ini adalah penilaian risiko daripada pihak Kementerian Kesihatan.

“Kepada ahli yang berhormat yang telah berada di kompleks Parlimen bermula hari Isnin 26 Julai, Selasa 27 Julai, Rabu 28 Julai tetapi tidak hari ini maka disarankan menjalani ujian di mana-mana klinik berdekatan dengan segera.

“Jumlahnya pada hari ini ada empat orang yang telah dijangkiti Covid-19. Selaras dengan itu dengan Peraturan Mesyuarat 12(2) sekarang saya menempohkan mesyuarat 5.30 petang,” katanya.

Mesyuarat Dewan Rakyat ditangguhkan sebanyak empat kali hari ini. Dua kali pada sesi pagi tadi selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan berkaitan Oridnan Darurat.

Persidangan yang disambung semula pada pukul 2.30 petang menyaksikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said menangguhkan persidangan ke pukul 3.30 petang.-SM

 

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button