Hiburan

Kerana Covid-19, Awie dan Search tangguh konsert ke tahun hadapan

TAHUN 2020 menyaksikan banyak konsert yang ditangguh serta dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

Tidak terkecuali ialah konsert melibatkan anggota kumpulan Search dan vokalis Wings, Awie yang sepatutnya diadakan pada 12 Disember depan di Stadium Melawati, Shah Alam Selangor.

Namun disebabkan penularan Covid-19 di dalam negara, konsert tersebut terpaksa ditangguhkan ke 13 Februari 2021.

Apa yang menarik, konsert tersebut telah diberi penjenamaan semula kepada nama Projek Bikin Wilayah 2021.

Ia merupakan satu konsert projek band yang bakal memainkan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan Search.

Pada tahun 1998, Awie pernah tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul Bikin
Wilayah. Justeru itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk memilih nama Projek Bikin Wilayah 2021.

Bersama barisan anggota terdiri dari Dato Awie, Fauzie (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (drum)
mereka bakal memberikan satu persembahan istimewa.

Yang pasti, mereka akan membawakan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan Search dengan
bunyian yang lebih segar, terkini dan mantap.

Kepada peminat-peminat yang telah membeli tiket konsert Apologia dan Konsert Cinta Buatan
Malaysia, ianya masih tetap sah dan boleh digunakan pada tarikh 13 Feb 2021 kelak.

Tiket untuk konsert anjuran Imaginex dan HS Shazlicious ini berharga RM399 VIP, RM299, RM199
dan Rm99. Setiap pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai t-shirt, CD dan poster.

Maklumat mengenai tiket sila layari www.ilassotickets.com. Telefon hotline 03 2170 6333. -SM

(Visited 495 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button