Politik

Empat bulan eksport sawit ke India jatuh, bukan boikot? tanya Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Deri Najib Tun Razak meminta penjelasan daripada Menteri Industri Utama Teresa Kok berhubung penurunan import minyak sawit Malaysia di India.

Menurut Najib, jumlah import minyak sawit Malaysia di India jatuh dari 65 peratus ke 15 peratus dalam tempoh empat bulan.

Pada Ogos tahun lalu import minyak sawit India dari Malaysia sebanyak 550,452 tan jatuh ke 110,562 tan pada Disember 2019.

“Teresa Kok kata tiada boikot dari India. Exco parti PAN (Amanah) kata Najib mengelirukan rakyat kerana India tak boikot sawit Malaysia.

Tell us why jika bukan kerana boikot. Sebab apa kau orang masih mahu terus membohong rakyat dan tuduh saya menipu sedangkan saya bagi fakta sahih yang tak boleh dinafikan?

“Oleh kerana boikot ini, Indonesia mendapat manfaat kerana eksport sawit mereka ke India naik sekitar 500,000 tan sebulan bersamaan dengan pendapatan lebihan RM1.5 bilion sebulan, jika harga minyak sawit mentah RM3,000 satu tan,” kata Najib.

Menurut Najib, situasi tersebut memberi kerugian sebanyak RM1.5 bilon setiap bulan kepada Malaysia. Najib berkata, jika situasi itu berterusan Malaysia akan mengalami kerugian sebanyak RM18 bilion setahun.

Empat hari lalu ,Teresa menolak dakwaan kononnya pihak berkuasa India memboikot pembelian minyak sawit Malaysia.

Teresa berkata, melalui beberapa perbincangan yang dilakukan, negara itu mahu Malaysia meningkatkan eksport minyak sawit mentah (CPO) dan mengurangkan minyak sawit yang diproses.

Sementara Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil pula dilaporkan berkata, India masih menjadi negara pembeli ketiga terbesar minyak sawit tempatan dan mengimport sebanyak 142,696 tan pada November lalu.

Menurutnya, eksport minyak sawit Malaysia ke India menurun selama tiga bulan dari September hingga November susulan peralihan permintaan daripada minyak sawit dan minyak soya kepada minyak bunga matahari.

“Berdasarkan laporan Bloomberg pada 12 Disember lalu, penghantaran minyak sawit ke India dari pelbagai negara sumber jatuh Oktober. Trend ini disebabkan kenaikan harga minyak sawit sejak beberapa bulan lepas.

“Laporan Reuters pada 14 November lalu menyatakan kilang dari India telah meneruskan pembelian minyak sawit Malaysia dan membuktikan India tidak memboikot negara ini,” katanya melalui satu kenyataan.-SM

 

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button