Politik

Dari Bebas masuk PKR kini Ahli Parlimen Lubok Antu sokong PN

Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Perikatan Nasional selepas hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan Jugah berkata, beliau kesal apabila berlaku masalah dalaman parti dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya juga kesal berikutan permasalahan dalaman PH (Februari lalu) menyebabkan Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad) meletak jawatan sehingga akhirnya kerajaan PH tumbang.

“Sehubungan itu, saya mengumumkan keluar dari PKR dan bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas yang menyokong penuh kerajaan PN dan GPS,” katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, beliau memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu dengan memperolehi 5,834 undi atas tiket Bebas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang diwakili PKR.

Jugah bersama penyokong beliau kemudiannya menyertai PKR dan menjadi sebahagian daripada kerajaan PH.

Jugah dalam kenyataan berkata, beliau kini menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

“Kawasan Parlimen saya terletak di luar bandar yang memerlukan bantuan kerajaan untuk pembangunan.

“Justeru, saya menyokong penuh PN dan GPS demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Lubok Antu,” katanya.-SM

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button