Politik

Kerajaan didesak kaji semula gaji, elaun, pencen ahli politik dalam kerajaan

AHLI Dewan Tertinggi PUTRA merangkap Pengerusi Biro Ekonomi, Dr. Mohamad Izwan Zainal mahu Kerajaan mengkaji semula gali, elaun dan pencen ahli politik dalam Kerajaan memandangkan pencen penjawat awam kekal.

Beliau berkata, penjawat awam yang ada hari ini dan berpencen perlu kekal dengan imbuhan dan kadar yang diberikan seiring dengan perkhidmatan mereka.

“Pindahlah mereka di mana-mana jabatan mahu pun kementerian, kadar yang mereka terima adalah satu kadar berdasarkan kepada skim yang mereka dapat.

“Namun menteri-menteri yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar di peringkat negeri dan menteri di kementerian mendapat dua pencen yang berbeza kadar dan situasinya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jika sesorang bekas menteri atau menteri besar itu kembali terpilih menjadi Ahli Parlimen atau ahli DUN, mereka akan dapat gaji atau elaun baharu dan pencen atas jawatan sebelum ini, pun dapat juga.

“Dasyat ganjaran untuk penjawat ahli politik dalam Kerajaan.

“Itu tidak termasuk lagi jika bekas menteri besar dan menteri di satu-satu kementerian juga pernah menjawat jawatan speaker dan berpencen oleh satu-satu individu. Maka mereka akan ada tiga pencen,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Katanya, untuk membayar pencen bagi satu individu yang berpencen pada tiga kedudukan dalam kerajaan boleh menjangkau tidak kurang RM40,000 sebulan.

“Itu baru satu individu. Dalam Malaysia ini ramai ahli politik yang memegang lebih daripada satu jawatan sepanjang karier politik mereka.

“Kenapa tidak kita selaraskan pencen mereka yang seperti ini dengan memilih nilaian pencen yang tertinggi bagi sepanjang perkhidmatan mereka.

“Dan bukannya secara keseluruhan pencen berdasarkan kepada jumlah jawatan yang mereka menjawat sepanjang karier politik mereka,” ujar beliau.

Beliau berkata, PUTRA yakın melalui inisiatif ini, ia akan mengoptimumkan perbelanjaan negara untuk membayar pencen-pencen ahli politik yang pernah berada dalam tampok pemerintahan negara.

Justeru katanya, PUTRA menyokong agar gaji, elaun dan pencen bekas-bekas ahli politik  yang menjadi menteri dan bekas menteri dan yang lain-lain  dikaji semula dan dirombak bagi mencerminkan benar-benar Kerajaan berjiwa rakyat .

“Gaji dan elaun Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri dan Exco Kerajaan Negeri juga wajib dikaji semula.

“Gaji dan berbagai elaun serta berbagai kemudahan boleh mencecah lebih RM70,000 sebulan. Manakala gaji Ahli Parlimen dan ADUN pula bebas cukai dan masih ada Ahli Parlimen yang mohon peruntukan untuk hadir kenduri kahwin. Dasyat sekali!

“Ini yang menyebabkan berebut-rebut untuk menjadi calon kerana ganjarannya amat lumayan manakala untuk membantu golongan B40, M40 dan rakyat keseluruhannya, berkira sangat dan subsidi ditarik balik,” dakwa beliau lagi.

Tambah beliau, rakyat dalam golongan B40 yang menerima tunai Rahmah kononnya RM3,700 setahun, dibayar dua atau tiga kali, hanya terima sekitar purata RM300 sebulan.

“Dan dalam masa yang sama, subsidi dicatu dan ditarik balik namun pendapatan pimpinan-pimpinan politik terus dinikmati dengan angka pendapatan yang luar biasa.

“Sedih tapi benar. Sepanjang Perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, tidak ada satu pun Ahli Parlimen menyentuh perkara gaji dan elaun ahli politik dalam kerajaan dan pencen yg melampau.

“Seingat PUTRA, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pernah menyuarakan perkara ini di Dewan Rakyat.

“Inilah perjuangan Putra iaitu parti yang telus dan bukan parti bercakap lain, buat lain dan rakyat terus tertindas,” katanya dalam kenyataan yang sama, hari ini. – SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button