Auto TravelEkonomi

EMOS lengkap tempoh peralihan, kini pengedar eksklusif Kawasaki di Malaysia

EDARAN Modenas Sdn Bhd (“EMOS”), pengedar rasmi motosikal nasional, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”) kini merupakan pengedar eksklusif baharu pengeluar motosikal Jepun KAWASAKI di Malaysia, berikutan tamatnya tempoh selama enam bulan bersama KMSB Motors Sdn Bhd.

Tempoh peralihan ini berakhir pada 31 Mac 2022, di mana EMOS telah pun memerhati, mempelajari dan menyesuaikan sepenuhnya operasi perniagaan rakan kongsi teknikalnya, Kawasaki Motors, Ltd. (“KMC”) untuk memastikan pemindahan pengetahuan sebanyak yang mungkin. KMC kini memiliki 30% ekuiti dalam MODENAS bersama DRB-HICOM Berhad sebagai pemegang saham majoriti syarikat motosikal nasional itu.

“Pemilik motosikal KAWASAKI tidak perlu bimbang kerana di bawah pengurusan baharu, tahap unggul produk dan perkhidmatan pelanggan akan dikekalkan. Rancangan kami termasuk juga untuk memperluaskan operasi, membangun, mengelua dan menjual motosikal KAWASAKI untuk peminatnya yang pasti akan memberikan gaya hidup mendebarkan bagi rakyat Malaysia.

Selain itu, MODENAS turut akan memperkenalkan model terbaharu KAWASAKI dan melancarkan bilik pameran eksklusif KAWASAKI yang baharu secara berperingkat. Oleh itu, nantikan pengumuman dari kami mengenai detik-detik menarik ini”, kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.


Dengan ekuiti yang lebih besar dalam MODENAS, KAWASAKI kini akan mengambil bahagian secara aktif dalam operasi di MODENAS, dan bukan hanya sebagai pemegang saham. Dengan berakhirnya tempoh peralihan, MODENAS akan mula memasang model Kawasaki terpilih dan pada masa yang sama mengimport model dengan enjin yang lebih besar untuk memenuhi pasaran yang lebih luas.

“Bersama-sama ahli berpengalaman kami dari KMC, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Yusaku Kashiwagi, Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS secara rasminya. Kami semua bersungguh-sungguh dalam menghidupkan semula jenama KAWASAKI di Malaysia, di mana ia mempunyai lebih daripada 30 tahun sejarah,” tambah Roslan.

MODENAS dan KAWASAKI telah mempunyai sejarah yang panjang bersama. Ianya bermula semenjak koloborasi mereka dalam menghasilkan model ikonik Modenas Kriss pertama pada tahun 1996. Bertitik tolak dari situ, MODENAS terus mengumpul pengikut setia dari seluruh negara mahupun di pasaran antarabangsa.

“Sejak sedekad lalu, kehidupan Malaysia telah berubah secara mendadak di mana, permintaan yang lebih tinggi bukan sahaja untuk keperluan harian, tetapi juga produk yang memberi keseronokan kepada kehidupan mereka.

Bersama MODENAS, kami yakin produk KAWASAKI yang akan dibangunkan dan diedarkan dapat memberikan pelanggan kami di Malaysia pengalaman menunggang yang hebat yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Ia sentiasa menjadi misi terbesar kami untuk memenuhi kepuasan pelanggan kerana setiap produk kami mewakili intipati jenama KAWASAKI. Jangan hilangkan semangat KAWASAKI dan “Let the Good Times Roll”.”, kata Yusaku Kashiwagi, Ketua Pegawai Pemasaran, MODENAS.

Sebagai pengedar eksklusif, EMOS melalui pengedarnya bukan sahaja akan menjual motosikal KAWASAKI, tetapi juga akan mengedarkan alat ganti dan aksesori di Malaysia. Selain itu, EMOS juga akan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang meliputi semua perkara teknikal dan isu panggil semula atau “recall”. Seterusnya bagi semua jualan motosikal KAWASAKI, alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal, boleh dirujuk kepada pengedar sah KAWASAKI terpilih seperti senarai di bawah. – SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button