Nasional

Surau, masjid di Johor dibenar adakan majlis berbuka puasa

BATU PAHAT: Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan di negeri ini, kerajaan Johor membenarkan majlis berbuka puasa diadakan di surau dan masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata bagaimanapun kehadiran dihadkan kepada 50 orang.

Sekiranya lebih 50 orang, pihak pengurusan masjid dan surau perlu menyediakan makanan berbungkus untuk jemaah, katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat tarawih di Masjid Parit Besar Semerah malam tadi.

Mohd Fared berkata program pengagihan bubur lambuk di masjid dan kawasan surau juga dibenarkan, namun aktiviti memasak tetap dilarang. – BERNAMA

 

(Visited 488 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button