HiburanLuar Negara

Elton John positif Covid-19, konsert ditangguhkan

BINTANG mega pop, Elton John telah diuji positif Covid-19 lalu menangguhkan dua konsert di Dallas pada semalam dalam jelajah perpisahannya.

“Ia sangat mengecewakan untuk memindahkan pertunjukkan dan saya minta maaf kepada sesiapa yang mengalami kesulitan dengan ini tetapi saya mahu memastikan diri saya dan pasukan saya selamat.

“Namun saya sudah diberi vaksin sepenuhnya dan juga sudah mengambil dos booster dan gejala saya juga ringan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Konsert itu adalah sebahagian daripada jelajah ‘Farewell Yellow Brick Road’ yang dijadualkan pada 25 Januari dan 26 Januari yang dipercayai konsert jelajah terakhir baginya.

Kedua-dua John dan American Airlines Centre, tempat pertunjukan itu berlangsung, berkata mereka akan menjadualkan semula pertunjukkan itu dan peminat harus menyimpan tiket mereka.


John berkata dia dijangkakan akan sihat sepenuhnya untuk persembahannya pada 29 Januari ini di Little Rock, Arkansas.

Legenda pop itu juga baru-baru ini menjalani pembedahan pinggul yang memaksanya menukar beberapa tarikh persembahannya.

Tahun lalu, John mengeluarkan album bertajuk ‘The Lockdown Sessions’ yang dirakam sepenuhnya di bawah sekatan Covid-19. – SM

(Visited 47 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button