Hiburan

Elsa Pataky mendedahkan perkahwinannya dengan Chris Hemsworth bukan mudah

ELSA Pataky menepis pekulasi bahawa hubungannya dengan Chris Hemsworth “sempurna.”

Walaupun pasangan superstar mampu membuat peminat tersenyum apabila menatap gambar keluarga mereka di media sosial, namun realitinya hubungan mereka tidak lah mudah.

Seperti yang dijelaskan Pataky dalam wawancara terbaru dengan Body+Soul Australia, dia dan pelakon Thor itu telah melalui banyak pengalaman turun naik selama bertahun-tahun.

“Lucu orang menganggap kami sebagai pasangan yang sempurna. Tidak mungkin. Ada pasang surut, dan kami masih terus memastikan hubungan ini kekal,” kata pelakon berusia 44 tahun itu.

Dancing ShoesPataky dan Hemsworth, yang merupakan ibu bapa kepada seorang anak perempuan India Rose yang berusia lapan tahun dan kembar Sasha dan Tristan yang berusia enam tahun, akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 pada bulan Disember ini.

“Saya rasa hubungan adalah satu usaha yang.  Ia tidak mudah,” kata Pataky.

Namun, seperti yang dicatat oleh Pataky, pasangan itu lebih kuat setelah satu dekad bersama, sambil menambahkan: “Saya selalu berusaha melihat sesuatu yang positif.”

Dalam perbualannya itu, Pataky juga berkongsi kegemaran dia  Hemworth untuk kekal aktif.

Wee!

“[Chris dan saya] suka bersukan, makan sihat dan sentiasa menggerakkan badan kita. Kami membawa anak-anak meluncur ombak dan apa juga hobi untuk memastikan mereka berada di luar bukan sekadar duduk depan komputer dengan media sosial.

“Anak perempuan saya telah menunggang kuda dengan saya sejak dia berusia dua setengah tahun,” katanya.

Bintang aktif itu juga menimbau semula bagaimana dia terpaksa mengurangkan aktiviti lasak ketika mengandung dan tidak dapat seperti yang dia mahukan.

“Saya ingat saya merasa sedikit kehilangan ketika saya mempunyai India. Saya fikir hidup saya akan sama [ketika saya mempunyai anak] dan saya akan terus bekerja. Tetapi saya tidak dapat. Chris akan pulang dan berkata, ‘Bagaimana harimu?’ Dan saya tidak merasa bangga untuk mengatakan: ‘Saya hanya seorang ibu.’ Kerana ini adalah pekerjaan paling sukar tetapi paling hebat di dunia. “

(Visited 579 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button