Politik

Elok Perdana Menteri minta maaf kepada rakyat – Mohd. Puad

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikatakan lebih baik meminta maaf kepada rakyat daripada menggesa orang lain berbuat demikian.

Beliau diminta berbuat demikian berhubung pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) perintah kuarantin terhadap menteri yang perlu menjalaninya selama tiga hari sahaja berbanding tempoh sepatutnya.

Ini kerana, tindakan tersebut didakwa sebagai ‘double standard’ dalam arahan kuarantin kepada mereka yang baharu pulang dari luar negara.

Jika dibandingkan dengan rakyat biasa, arahan kuarantin yang perlu dijalani adalah selama 10 hari.

Oleh demikian, Muhyiddin digesa memberi penjelasan terhadap isu ‘double standard’ terhadap pelaksanaan kuarantin yang dimaklumkan oleh anggota kabinetnya.

“Maka kenapa Menteri dikenakan kuarantin selama 3 hari sahaja? Kenapa ada perbezaan dengan rakyat biasa. Ia tetap berjangkit.

“Justeru PM (Perdana Menteri) kena minta maaf pada rakyat kalau tidak ada penjelasan konkrit.”

Kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, membalas kenyataan Muhyiddin yang meminta beliau membuat permohonan maaf.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mahu mengambil tindakan saman terhadap Mohd. Puad yang membuat dakwaan sedemikian.

Menurutnya, dakwaan mengatakan kuarantin tiga hari hanya untuk menteri yang melakukan lawatan rasmi ke luar negara adalah fitnah.

Katanya, fitnah yang dilemparkan adalah berniat jahat untuk mencemar nama baik Muhyiddin dan meminta beliau memohon maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Mohd. Puad pula berkata sebaliknya sambil merujuk kepada komen Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Yahya Mat Arip, yang mengatakan Koronavirus (Covid-19) tidak mengenal latar belakang individu dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

“10 hari ada sebab. Ia berkaitan tempoh risiko penularan. Tetapi kuarantin tiga hari apa sebabnya?” soal Mohd. Puad. – SM

 

 

(Visited 950 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button