Hiburan

Ellie Suriaty akui dua anaknya buat laporan polis tolak ambil vaksin

Pelakon dan pengarah popular, Ellie Suriaty Omar mengakui dua orang anaknya antara individu yang terlubat membuat laporan polis untuk menolak pengambilan vaksin.

Menurut Ellie, laproran tersebut adalah berkenaan hak individu untuk menolak vaksin Covid-19 ke tas pelajar sekolah.

“Ya mereka anak saya, Azrell Omar Iskandar 17 tahun dan Nur Azreen 12 tahun bersama seorang sahabat mereka Hanif 17 tahun telah membuat report polis sebagai covering report berkenaan hak individu untuk menolak vaksin experimental covid19 ke atas pelajar sekolah berumur antara 12 – 17 tahun. Tarikh 30 Ogos 2021 jam 2.30 petang.

“Merdeka 31 Ogos 2021. Saya mendidik anak – anak supaya berani menghadapi hidup. Jangan takut dengan Fitnah Akhir Zaman.

Nilai kehidupan tidak boleh di beli dengan tawaran sepotong roti atau segunung emas. Tauhid. Harapan hanya Pada ALLAH SWT,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan telah membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin COVID-19 yang mahu dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar sekolah.

Seorang remaja terbabit yang berusia 17 tahun, berkata dia memutuskan untuk membuat laporan polis itu kerana tidak mahu mengambil vaksin atas alasan bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya. -SM

(Visited 640 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button