Uncategorized

Lambakan Pekerja Asing Tak Terkawal, Tender Sistem Pengurusan Perlu Dirombak

Melepasi suku pertama tahun 2024, bilangan 2,123,049 pekerja asing di negara ini yang berdaftar di Jabatan Imigresen (Imigresen) bukanlah satu kebanggaan buat negara.

Sebaliknya, ia merupakan satu mimpi buruk jika tidak dikekang dalam tempoh kurang satu penggal di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Kerajaan Perpaduan.

Perkara ini dijangka berpunca daripada kebobrokan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang dikawal selia oleh pihak yang sama tanpa sebarang rombakan.

Biar pun Kerajaan silih berganti, pengelola FWCMS masih merupakan syarikat yang sama dan permasalahan 2,123,049 pekerja asing di negara ini tidak ditunding kepada mereka.

Kesannya, tidak semena-mena pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan terpaksa menanggung tempias daripada hal-hal yang tidak mereka lakukan berpuluh-puluh tahun dahulu.

Lihat Sejarah Agar Tidak Berulang

Berdasarkan laporan kebanyakan media sekitar 2022, Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) dikatakan tercalar dengan konflik apabila bukan sahaja bertindak sebagai pengelola FWCMS.

Sebaliknya Felo Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman mendedahkan, syarikat tersebut kononnya turut terlibat terbabit dalam pengambilan pekerja asing.

Dalam tahun yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut pernah menahan individu penting dalam Bestinet untuk menyiasat dakwaan penyelewengan pemilihan 25 syarikat Bangladesh.

Hal ini demikian kerana 25 syarikat Bangladesh tersebut dikatakan telah berperanan sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia.

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button