Nasional

Elaun pembantu Kemas naik kepada RM800 – PM

Peruntukan RM8 juta program digitalisasi di 800 tabika Kemas seluruh negara

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, elaun bulanan Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dinaikkan kepada RM800 berbanding RM500 sebelum ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Kemas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, hari ini.

Katanya, kenaikan elaun itu melibatkan lebih 9,000 kakitangan.

“Elaun (PPMS) yang hanya RM500 akan dinaikkan kepada RM800, melibatkan 9,439 kakitangan,” kata beliau.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan sara hidup ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas (PBKAM) daripada RM300 kepada RM500.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri Ismail Sabri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi program digitalisasi di 800 tabika Kemas di seluruh negara.

Sementara itu, Ismail Sabri turut berkata, kerajaan bersetuju memendekkan tempoh kelayakan pegawai kontrak perkhidmatan ke lantikan jawatan tetap dari 15 tahun kepada 10 tahun yang melibatkan kira-kira 4,322 orang.

“Keputusan ini dibuat bagi menunjukkan penghargaan terhadap jasa, sumbangan dan tenaga anggota Kemas,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan turut meluluskan kelonggaran syarat pegawai lantikan kontrak perkhidmatan yang berkhidmat lebih 10 tahun tetapi kurang dari 15 tahun untuk dilantik dalam jawatan tetap. – SM

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button