fbpx


Politik

Elaun parkir menteri RM5,700 sebulan tak betul – Saifuddin

KUALA LUMPUR – ‘Maklumat tersebut tidak betul’

Itu reaksi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah mengenai dakwaan kononnya para menteri Malaysia menerima elaun parkir sebanyak RM5,400 sebulan.

Saifuddin membalas pertanyaan pengikutnya di Twitter yang bertanyakan kebenaran mengenai kerataan akhbar yang tular mengenai jumlah elaun yang diterima oleh anggota Kabinet.

Kerataan akhbar tersebut melaporkan, gaji pokok yang diterima menteri adalah sebanyak RM14,907; elaun keraian (RM10,500), elaun perumahan (RM10,800), elaun wakil rakyat (RM10,650) dan elaun parkir (RM5,700) dengan keseluruhan pendapatan bulanan adalh sebanyak RM52,567.

Menurut Saifuddin, sepanjang pengetahuan beliau, tidak ada sebarang elaun parkir diberikan kepada menteri.


Bagaimanapun beberapan pengikut Twitter Saifuddin masih mahukan penjelasan beberapa perkara termasuk jumlah sebenar gaji dan elaun yang diterima menteri.

“Ok noted, apa maklumat yang betul,” tanya Roman Akramovich.

“Boleh tak seseorang berikan jumlah yang sebenar? Berita ini merebak bagaikan api,” saran Mujesh Jay.

“Terima kasih atas komen ringkas. Sekiranya maklumat terbitan akhbar ini tidak betul. Boleh kami rakyat jelata dan pengundi dapatkan info yang tepat dari sumber yang sahih,” kata Adam.

“Kalau tak betul, ambil tindakan saman akhbar ini. Dan keluarkan info yang betul. Rakyat berhak tahu,” komen Sykrn.

“Ok, terima kasih atas pencerahan., jadi apakah pendapatan sebenar para menteri kita,” tanya CK Chong.

“Sudah sampai masanya untuk dedahkan jumlah sebenar,” kata Dhines Kumar.

“So, beritahulah rakyat yang betul,” desak TIR.

“Datuk jumlah gaji dan elaun yang lain betul?” tanya Khairulanuar.

Sementara itu menurut Saifuddin,  gaji dan elaun bulanan setiap menteri adalah sama kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kalau ada catatan berbeza ialah kerana masing-masing ada potongan-potongan (bayar hutang, sumbang kepada parti dan lain-lain) yang berbeza,” kata Saifuddin dalam Twitternya.

Jumlah elaun dan gaji menteri menjadi sasaran kemarahan rakyat terutama penjawat awam apabila kerajaan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal terhadap 33 skim perkhidmatan awam  termasuk doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula 1 Januari ini.

Pemotongan itu turut mendapat bantahan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mencadangkan agar elaun menteri juga dikurangkan.

“Saya bantah pekeliling baru JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) membabitkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.

“Sebagai permulaan, saya akan memotong pendek cuti tahunan saya, dan akan memulangkan setiap sen duit yang diterima sebagai ‘holiday’ elaun. Saya dah kurangkan 10 peratus dari gaji saya dan akan pastikan yang lain akan kurangkan juga sehingga masalah ini selesai,” kata Syed Saddiq.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button