Nasional

Covid-19 catat sedikit penurunan 5,671 kes berbanding semalam

KES terkini Covid-19 dilaporkan 5,671 dengan kes import yang dicatat ialah lapan, menurut laman utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdapat sedikit penurunan dalam catatan kes positif Covid-19 berbanding semalam, 6,239.

Secara keseluruhan, kes Covid-19 ialah 639,562dengan kes sembuh baharu, direkodkan sebanyak 7,325.

Setakat petang ini, jumlah kes sembuh secara keseluruhan ialah sebanyak 556,030.

Sementara itu, jumlah kes aktif ialah 79,848 dengan pecahan jumlah kes ICU, 911 dan 462 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berdasarkan laporan sesawang KKM juga, 73 kes kematian baharu direkodkan hari ini disebabkan oleh wabak Covid-19.

Secara keseluruhan, jumlah kes kematian, 3,684.

Selangor mencatat kes paling tinggi iaitu 1,510 dengan diikuti Kuala Lumpur, 769 dan Negeri Sembilan, 593.

Sarawak turut mencatat kes yang tinggi 631 berbanding Sabah, 233. – SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button