Luar Negara

Gajah amuk, terbalikkan kenderaan dinaiki empat sekeluarga

SEBUAH kenderaan yang dinaiki oleh empat beranak terbalik kerana ditolak oleh seekor gajah bersaiz besar yang sedang marah di Taman Wetland iSimangaliso, wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan, baru-baru ini.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh seorang penumpang di dalam sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menunjukkan gajah berkenaan menolak kenderaan terbabit.

Penumpang tersebut tidak boleh melakukan apa-apa ketika kejadian.

SUV berkenaan hanya boleh membunyikan hon bagi mengalihkan perhatian gajah seberat 6,000kg itu.

Mamalia bergading itu dilihat berjalan pergi dengan tenang setelah menterbalikkan kenderaan itu.

Selepas kejadian, satu pasangan ibu bapa bersama dua anak mereka yang berusia lapan dan 10 tahun berada di dalam kenderaan tersebut sehingga renjer taman berkenaan tiba di tempat kejadian bagi memberi bantuan kepada mereka.

Namun, dilaporkan tiada yang cedera parah dalam kejadian itu. – SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button