Nasional

Pelajar pukul muka rakan dengan topi keledar ditahan

POLIS tekah menahan seorang pelajar lelaki yang tular menerusi media sosial kerana memukul berkali-kali  muka rakannya menggunakan topi keledar.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pelajar berusia 15 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.22 pagi.
Katanya, ia bagi membantu siasatan selepas diserahkan ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
“Siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada 5.33 petang semalam dengan memaklumkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah dipukul rakan sekolah pada hari berkenaan.
“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat mangsa tidak mahu mengikut suspek untuk ponteng sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejadian itu berlaku ekoran suspek dilaporkan tidak berpuas hati apabila mangsa enggan berbuat demikian dan kemudian memaksanya menaiki motosikal lalu membawanya ke Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam berhampiran sebuah kondominium sebelum memukul pelajar itu berkali-kali pada bahagian muka serta dada dengan menggunakan topi keledar.
Beliau berkata polis turut merampas topi keledar berkenaan dan kes disiasat lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. – SM
(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button