
Ekplorasi Media UPSI Adventure Park selami tugas pengamal media
TANJUNG MALIM – Program Eksplorasi Media UPSI Adventure Park anjuran pelajar kursus kokurikulum kewartawanan (CPK 2011) di UPSI Adventure Park, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 8 Januari lalu memberi pendedahan terhadap peserta tentang dunia kewartawanan.
Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof Madya Dr Mazuki Mohd Yasim ketika ditemubual peserta menganggap program itu bermanfaat untuk pelajar menjiwai tugas pengamal media dalam memperolehi maklumat.
UPSI Advanture Park (UAP) sebagai destinasi pilihan program, katanya, adalah satu tempat yang kian menjadi menjadi fokus masyarakat berkursus sama ada warga Muallim mahupun orang luar.
Menurut Dr. Mazuki UAP mula dibangunkan pada tahun 2016 menjadi tempat pelajar dan warga UPSI menjalankan aktiviti mencabar yang menguji ketahanan mental dan fizikal.
“Pelbagai agensi kerajaan, swasta, dan institusi pendidikan menyertai kursus di UAP berikutan mempunyai pelbagai kemudahan untuk aktiviti rekreasi,” katanya.
Katanya, peralatan Flying Fox dipasang alat ciri keselamatan yang lengkap, dan turut menjadi daya tarikan baru apabila teknologi auto break system yang sudah diprogramkan bagi aktiviti flying fox.
Beliau berkata penjanaan UAP semakin bertambah baik berdasarkan infrastruktur . Antara aktiviti lain yang dadakan kan ialah Kem Bina Insan Bitara (KEBIB), yang membabitkan semua pelajar mengikut pelbagai jenis jurusan.
“Antara fasiliti yang ada di UAP ialah kawasan tapak perkhemahan, tandas, flying fox, rock climbing, dan glamping dijangka April nanti manakala “water rafting” di sungai sekitar,” katanya.
Jangkaan glamping section lebih dinaik taraf untuk dijadikan lebih menarik dan selesa untuk penginapan. Keluasan UAP ialah 40 hektar.
UAP boleh dikunjungi oleh semua orang termasuk orang awam yang ingin beriadah atau melakukan aktiviti di sini dengan bayaran mengikut pakej tertentu.
Namun, untuk pelajar ada harga mesra pelajar dan akademik base seperti kelab rekreasi di bawah pusat kokurikulum tidak perlu untuk membuat bayaran.
Rancangan pada masa hadapan adalah memperluaskan tapak untuk tempat letak kenderaan dan melebarkan jalan raya untuk memudahkan perjalanan keluar dan masuk ke kawasan UAP.
Projek yang akan datang untuk UAP adalah tempat petting zoo seperti pameran ular, kambing, arnab dan jangkaan 50 spesies haiwan yang ingin dibawa masuk.
UAP merupakan pelopor yang menggunakan teknologi dalam aktiviti seperti flying fox di mana ‘zip stop’ sebagai alat untuk memberhentikan peserta secara automatik untuk mengurangkan risiko human error. Sistem ini digunakan untuk memastikan keselamatan peserta yang mengunjungi UAP.
Sebanyak 3000 agensi telah melakukan program di UAP. Semua fasiliti di UAP berfungsi dengan baik kerana adanya penyelenggaraan setiap tahun bagi akan memastikan segala fasiliti selamat digunakan.
Pencapaian terbaik UAP setakat tahun 2024 ialah daripada hutan belantara ke menara, UAP kini menjadi pusat aktiviti rekreasi untuk semua orang kerana UAP sebagai pusat penjanaan untuk universiti.
“Saya berharap, semoga UAP dapat menarik ramai orang untuk terbabit dalam aktiviti luar demi membangunkan karakter insaniah, ” katanya.
Pengarah program, Muhammad Amirul Haziq Mohamad, menyifatkan program yang dihadiri 23 pelajar kursus kewartawanan itu memberi pengalaman menarik kerana berpeluang menemubual Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI.
” Program ini bukan sahaja dapat mengasah kemahiran praktikal mahasiswa dalam bidang kewartawanan, namun memberi peluang kepada kami untuk memahami kegiatan pusat ini secara lebih mendalam dan serba sedikit dapat mengetahui perancangan perkembangan tapak ini pada masa akan datang,” katanya.
Selain itu, katanya, peserta juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain melalui aktiviti berkumpulan yang diagihkan dan mencapai objektif pengajaran melalui eksplorasi yang diadakan.
Penasihat program dan tenaga pengajar, Dr Ghazali Din berkata pengalaman mengikuti kursus kewartawanan memberi peluang kepada mahasiswa mengetahui peranan media dan kemahiran penulisan berita yang boleh dipraktikkan apabila menjadi pendidik di sekolah.