Nasional

Contohi sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar kepada masyarakat, PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menggesa konglomerat di negara ini supaya mencontohi sumbangan hartawan perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary terhadap masyarakat dan pembangunan negara.

Sumbangan itu, kata Anwar, bukan sahaja ke arah memperkasakan ekonomi rakyat tetapi juga menyokong pembangunan seni dan sastera.

“Jika kita mempunyai 30 konglomerat dalam negara, sokongan mereka boleh melonjakkan prestasi negara dalam banyak sektor.

“Dengan sokongan dan sumbangan mereka, kita boleh mengangkat martabat sektor pendidikan, seni, sastera dan budaya kita.

“Adalah malang sekiranya negara yang mempunyai akar Islam yang kukuh dan budaya yang pelbagai seperti Malaysia tidak mampu untuk cemerlang sama ada dalam seni, budaya mahupun seni persembahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Orientalist Paintings: Mirror or Mirage Exhibition di Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM) di sini semalam.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan Pengarah IAMM Syed Mohamed Albukhary.

Turut hadir isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar berkongsi dengan tetamu tentang sumbangan Syed Mukhtar terhadap masyarakat.

anwar

“Hanya beberapa hari selepas saya mengambil alih (sebagai perdana menteri ke-10 negara, saya menghubungi dan mencadangkan beliau melakukan sesuatu yang besar untuk membantu golongan miskin.

“Sebanyak RM10 juta pada Disember dan RM50 juta tahun ini diagihkan kepada pesawah dalam kalangan golongan miskin.

“Saya tidak fikir ia adalah kuasa mana-mana kerajaan untuk mengarahkan (mana-mana konglomerat) menderma RM60 juta, tetapi saya melakukannya (menghubungi Syed Mukhtar) kerana dia adalah ‘abang’ saya dan membantu orang miskin adalah semangatnya,” katanya.

Anwar kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Syed Mukhtar atas semangat dan sumbangannya kepada negara dalam banyak bidang.

“Keghairahannya bukan sahaja untuk seni tetapi juga membantu golongan miskin.

“Kami sudah tentu akan mencadangkan dan merayu kepada lebih banyak konglomerat yang berjaya untuk melakukan perkara yang sama.

“Anda telah melihat bagaimana teater dan muzium di negara-negara Barat berkembang maju. Ia bukan sahaja melalui usaha kerajaan tetapi melalui komitmen dan sebahagiannya daripada beberapa konglomerat besar yang merasakan bahawa beberapa keuntungan harus digunakan untuk menyokong seni itu,” katanya. -SM

Baca juga : Kita tegas hentikan rompakan terhadap rakyat; Anwar

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button