ParlimenPolitik

KWSP: Rakyat tidak mahu berharap bantuan kerajaan

PENGELUARAN daripada simpanan Akaun 1, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah manifestasi kepada kegagalan kerajaan dalam membantu rakyat.

Rakyat dikatakan sedar untuk tidak berharap kepada bantuan kerajaan dalam menghadapi tekanan ekonomi, sebaliknya meminta kebenaran supaya simpanan dalam KWSP dibenarkan keluar.

Oleh demikian kerajaan diminta untuk meneliti semula kebenaran bersasar yang diberikan dalam pembentangan Belanjawan 2021 terhad kepada 600,000 orang.

Malah, jumlah yang dibenarkan juga iaitu RM500 sebulan selama 12 bulan diyakini tidak mencukupi untuk membantu rakyat berhadapan dengan tekanan ekonomi akibat wabak pandemik.

“Mengapa kita bangkitkan soal KWSP, kerana kegagalan kita membantu mereka, dia tiada pilihan.

“Dapat bantuan Prihatin dan sebagainya tetapi tak boleh hendak hidup (menampung keperluan sara hidup) oleh yang demikian, terpaksa ambil wang daripada KWSP.

“Saya minta supaya hari ini dijalankan pinjaman yang harus ditangani oleh kerajaan kerana ini akan bukan sahaja sementara, tetapi membantu mereka dalam menempuh hidup berikutnya.”

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat Hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan pengeluaran daripada Akaun 1 KWSP dibenarkan kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan.

Sebanyak RM6,000 maksimum dibenarkan keluar secara beransur-ansur selama 12 bulan kepada 600,000 orang sahaja.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam perbahasan sama turut menyatakan kerajaan berkeupayaan untuk membenarkan semua pencarum mengeluarkan simpanan sehingga RM10,000 daripada KWSP.

“Jadi, pembiayaan ini sama ada seperti yang saya katakan melalui bon ataupun sukuk boleh mengurangkan beban pencarum dan rakyat.

“Dan pinjaman yang dianggarkan ialah 3.6 peratus dan hanya meningkatkan defisit sebanyak 0.3 peratus.

“Jangan kita anggap ini sebagai satu tindakan hanya belas kasihan, kerana ada tuntutan orang ramai, tidak. Kita tahu masalahnya itu real kerajaan tidak dapat menampung.

“Maka terpaksa dicari dana dia sendiri (rakyat) iaitu untuk mengambil daripada KWSP walaupun terbatas,” ujarnya. – SM

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button