NasionalNegeri

Ekopelancongan tarik ramai berkunjung ke Perlis – Raja Muda

KEINDAHAN dan keunikan landskap menjadikan ekopelancongan Perlis mendapat perhatian pihak apabila jumlah pelancong semakin ramai sejak kebelakangan ini.

Justeru usaha berterusan untuk menambahbaik lokasi-lokasi ekopelancongan di negeri ini perlu diberikan keutamaan supaya mampu bersaing dengan tempat-tempat lain.

Pada masa yang sama, adalah disarankan supaya semua pihak mengambil peluang dengan pembukaan sempadan negara khususnya bagi menarik pelancong dari Semenanjung Malaysia dan Singapura yang melalui jalan darat untuk ke Thailand supaya singgah di Perlis.

Begitu juga bagi pengunjung dari Thailand yang masuk ke Malaysia untuk ke Singapura yang menggunakan jalan darat supaya singgah dan melawat Perlis ketika masuk atau hendak keluar.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada asnaf Radziah Latif, 79 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Baru Tengah, Simpang Empat bersama ahli keluarganya seramai lima orang baru-baru ini.

Beliau merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ dan salah seorang anaknya lumpuh.

Hadir sama mengiringi Baginda, iKetua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. – SM

 

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button