Pendidikan

ICE: Malaysia prihatin nasib lebih 6,000 pelajar di AS

KERAJAAN prihatin nasib lebih 6,000 pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di pelbagai institusi di seluruh Amerika Syarikat (AS), berikutan pengumuman terbaru Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) negara itu

Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Washington mengeluarkan nasihat pada 7 Julai meminta pelajar negara berhubung terus dengan universiti masing-masing bagi mengetahui status imigresen mereka menjelang bermulanya sesi pengajian semester musim luruh tahun ini.

Pada 6 Julai, ICE mengumumkan untuk menamatkan pengecualian sementara bagi pelajar asing yang mengikuti kelas dalam talian untuk semester musim luruh (September) tahun ini.

“Memandangkan Amerika Syarikat penting sebagai destinasi pilihan bagi pendidikan, kerajaan menggesa pihak berkuasa negara itu menilai semula keputusan menamatkan pengecualian sementara ini.

“Dan mencari jalan penyelesaian terbaik yang tidak mendatangkan masalah kepada pelajar kita untuk meneruskan pengajian secara dalam talian dan terus kekal di sana,” kata Hishammuddin dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, AS merupakan negara ke-3 yang mempunyai populasi terbesar pelajar Malaysia mengikuti pengajian di luar negara.-BERNAMA

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button