JenayahNasionalNegeri

Lelaki warga emas ditahan pukul ibu berusia 90 tahun

SEORANG warga emas ditahan kerana memukul ibunya berusia 91 tahun sehingga cedera di muka dalam kejadian di sebuah rumah panjang di kawasan Selangau, Sarawak.

Ketua Polis Mukah, Muhamad Rizal Alias berkata, suspek lelaki berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang semalam selepas laporan dibuat di Balai Polis Selangau pada 11 malam, 14 Julai lalu.

“Tangkapan dibuat terhadap suspek dan kes masih dalam siasatan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa dirawat di Klinik Kesihatan Selangau sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Katanya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Polis mengesan satu video 26 saat mengenai kejadian itu tular di Facebook semalam yang memaparkan suspek memukul mangsa menggunakan tangan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video itu kerana boleh mengganggu siasatan. – SM

BACA Stesen minyak Petronas dirempuh kereta dipandu warga emas 69 tahun

BACA Wanita warga emas dipenjara setahun simbah asid

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button