Luar Negara

Bakar khemah selepas cabul pelarian Syria

Oleh RAZALI AWANG

KEJADIAN pergaduhan yang menyebabkan kebakaran besar di kem pelarian di Miniyeh, utara Lubnan dikatakan berpunca daripada perbuatan penduduk tempatan mencabul kehormatan wanita Syria.

Ekoran perbalahan yang berlaku, warga setempat bertindak melepaskan tembakan ke udara dan kemudian bertindak mencucuh api ke khemah pelarian.

Dalam insiden pada malam Ahad itu, empat cedera dan lebih 370 penghuninya hilang tempat berlindung.

Dalam laporannya, Al Jazeera mengesahkan lapan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Dua daripada mereka adalah warga Lubnan dan selebihnya pelarian Syria.

Apa yang berlaku berhampiran Tripoli itu adalah perkara lumrah, di mana pelarian sering menjadi mangsa termasuk dibelasah, didera dan dibunuh tanpa sebab.

Sebarang tindakan mereka mempertahankan diri akan mengundang padah lebih buruk seperti yang berlaku November lepas apabila 270 keluarga di bandar Bsharri terpaksa melarikan diri ke utara negara itu selepas seorang lelaki tempatan ditembak mati pelarian Syria selepas berlaku pertengkaran. – SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik button di bawah

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button