BeritaNasionalPendidikan

Ekonomi Gig bentuk trend pekerjaan baharu- Raja Muda Perlis

Malaysia tidak ketinggalan sedang berdepan revolusi dunia pekerjaan peringkat global di mana ‘Ekonomi Gig’ sedang bergerak dan membentuk ‘trend’ pekerjaan baharu.

Konsep pekerjaan dengan ‘memasarkan’ kemahiran atau perkhidmatan di platform digital untuk mencari rezeki diterima apabila semakin ramai individu ‘lebih selesa’ untuk bekerja sendiri.

Di Amerika Syarikat, terdapat 56.7 juta orang terlibat sebagai penawar perkhidmatan gig ekonomi berdasarkan kaji selidik oleh Upwork dan Union Freelancers tahun lalu dan disimpulkan bersamaan 1 nisbah 3 orang pekerja Amerika atau 35% dan ini meningkat sebanyak 3.7 juta dalam tempoh 5 tahun sahaja.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena ’Sidang Kelima Bagi Istiadat Konvokesyen Ke 14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan Ilmu UniMAP di Kampus Alamnya di Pauh Putra pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.

Tuanku Raja Muda Perlis turut menambah bahawa berdasarkan kajian oleh firma Edison Research, 38% belia berusia 18 hingga 34 tahun berada dalam alam pekerjaan, manakala 53% daripadanya memperoleh pendapatan utama berdasarkan penglibatan Ekonomi Gig.

Menurut baginda lagi, ‘Ekonomi Gig’ ini bukanlah fenomena baharu sebaliknya telah lama wujud sejak dahulu lagi namun dengan terma berbeza. Pekerja ‘bebas’ (freelancer) yang menjalankan konsultasi telah mengisi slot peluang pekerjaan sejak berzaman, namun perspektifnya berubah kini dengan adanya Revolusi Industri 4.0..

Seramai 465 orang graduan menerima ijazah Sarjana Muda dalam Program Pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) bagi Mikroelektronik (87), Teknologi Elektronik (84), Fotonik (50), Komputer (77), Perhubungan (67) dan
Rangkaian Komputer (100) masing-masing daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP di istiadat berkenaan.

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button