EkonomiNegeri

Ekonomi digital main peranan penting Malaysia peroleh semula daya saing – Raja Muda Perlis

EKONOMI digital memainkan peranan penting untuk Malaysia memperoleh semula daya saingnya, dengan menyedari bahawa penggunaan teknologi dan inovasi akan menjadi teras memacu pertumbuhan dalam semua sektor.

Penggunaan teknologi maju, terutamanya dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), akan digalakkan dalam penjanaan ekonomi.

Tenaga kerja dan kemahiran yang diperlukan untuk memacu ekonomi digital dan IR 4.0 akan dipertingkatkan, manakala penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi akan terus diperkukuhkan.

Malaysia seharusnya menguasai pendigitalan yang akan membawa bersama kepada peningkatan taraf hidup dan kemakmuran rakyat.


Di bawah IR 4.0, teknologi digital memangkin ekonomi digital serta bidang ekonomi lain termasuk ekonomi hijau dan ekonomi kitaran.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan majlis penutup program Innovate Tech Show dan Global Drone Conference & Exhibition 2022 di MATRADE Exhibiton and Convention Centre Kuala Lumpur anjuran Best Events Productions, petang semalam.

Titah Raja Muda, bagi menjadi sebuah ‘negara yang diimpikan’, Malaysia perlu memanfaatkan segala peluang dan kekuatan untuk mengharungi cabaran revolusi digital.

“Kita perlu bijak menyesuaikan diri, sentiasa bersemangat untuk terus belajar, dan menyumbang ke arah masa hadapan yang mencerminkan objektif dan nilai yang kita kongsi secara bersama,” titah Baginda. – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button