JenayahNasionalNegeri

3 direman kes peniaga nasi ekonomi maut ditikam 27 kali

TIGA rakan rapat peniaga nasi ekonomi yang maut ditikam sebanyak 27 kali, direman tiga hari sehingga Jumaat ini.

Pemangku Ketua Polis Timur Laut, Pulau Pinang, V Saravanan berkata, dua lelaki dan seorang wanita  ditahan di sekitar Jelutong pada jam 7.30 malam tadi.

“Kita mendapat perintah reman selama tiga hari untuk menjalankan siasatan ke atas kesemua suspek.

“Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 29 sehingga 42 tahun, akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada petang semalam, seorang peniaga nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak maut apabila ditikam sebanyak 27 kali pada seluruh badannya di tempat letak kenderaan sebuah pangsapuri di Jalan Perak, Georgetown.

Mangsa berusia dalam lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di hospital ketika sedang menerima rawatan.

Mangsa dipercayai diserang dua suspek dengan seorang daripadanya menikam mangsa manakala seorang lagi menunggu di atas motosikal.

Mangsa disahkan meninggal dunia kerana ditikam sebanyak 27 kali antaranya di dada, leher dan beberapa anggota badan lain dipercayai menggunakan pisau pendek. Motif pembunuhan masih dalam siasatan. – SM

BACA Lelaki mati ditikam depan Medan Selera Port Dickson

BACA Lelaki maut ditikam tegur saiz payu dara

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button