NasionalRencah Hidup

“Eh.. Dia Dah Bersalinlah. Ingatkan Kenapa Jerit-Jerit Tadi”, Wanita Kesal Diabai Jururawat!

Seorang wanita membuat hantaran di Facebook mendakwa bahawa dia terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif Covid-19, setelah banyak panggilannya untuk meminta bantuan tidak dilayan.

Berdasarkan foto yang dikongsi bersama catatannya itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 23 Julai di Hospital Sultan Ismail di Johor.

Wanita itu mencatatkan di Facebook pada 31 Julai, tetapi hanya menjadi tular sejak semalam.

Menurut wanita yang dikenali di Facebook sebagai Noor Aziah, dia diuji positif Covid-19 ketika menunggu untuk melahirkan bayinya bilik bersalin di hospital sekitar jam 4.40 petang.

Berdasarkan keputusan ujiannya itu, wanita itu berkata bahawa dia tidak dibenarkan bersalin secara lazimnya dan dibawa ke bilik khas untuk pesakit koronavirus, serta ditinggalkan keseoranga.

“Lebih kurang 6 petang perut mula rasa sakit sikit. Cuba mengiringkan badan. Masa ini ada darah keluar boleh tahan banyak.

“Mula ingatkan terkencing sebab rasa nak berak. Rupanya darah yang keluar. Pada 6.03 petang rasa memulas sangat perut. Cuba panggil jururawat dan doktor sekali lagi. Tapi, hampa dia orang tak layan,” katanya dalam Facebook.

Menurut Noor Aziah, dia ketika itu menyerahkan takdirnya kepada Allah dan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk keselamatan bayinya.

“Angkat kaki tak sempat angkat banyak. Baru angkat sikit bayi dah keluar. Alhamdulillah, selamat melahirkan anak tanpa bantuan doktor dan jururawat.

“Hampir terjatuh bayi dari katil sebab katil jenis tilam terasing. Syukur saya tahan bayi guna kedua-dua belah kaki saya sendiri dan bayi berpaut pada kaki saya.

“Hampir 10 minit menjerit menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada saya panggil jururawat dan doktor. Tapi, hampa saya dengar jelas suara-suara mereka sedang ketawa di luar,” katanya.

Noor Aziah berkata ketika itu di bertawakal 100 peratus dan menyerah kepada Allah.

 

“(Sambil) usap perut cakap ‘ya Allah andai diri saya tak dapat diselamatkan, tolong selamatkan baby (bayi) saya.

“Lepas tu saya mengucap dua kalimah syahadah, baca ayat kursi, dengan lailahainnalaantasubahannakainnikumtum minal zolimin sebanyak tiga kali,” katanya.

Akhirnya, seorang jururawat datang untuk memeriksanya setelah dia menjerit untuk memberitahu mereka bahawa dia telah berjaya melahirkan anak.

“Syukur hanya Allah saya yang tahu. Pengalaman ini tak mungkin saya lupakan,” katanya.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kejadian seorang wanita bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) tidak patut berlaku lagi.

Tegas Tunku Ismail, pihak-pihak yang terbabit akan diberikan peringatan dan amaran bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pesakit.

“Saya telah menerima laporan dari JKNJ & melihat kenyataan JKNJ. Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin,” kata TMJ satu ciapan di laman Twitter selepas menerima dan melihat kenyataan dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

(Visited 512 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button