Nasional

Effendy Ghani Presiden MTUC baharu

MOHD Effendy Abdul Ghani dipilih sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang baharu.

Menurut kenyataan MTUC, pelantikan Mohd Effendy itu selepas beliau menewaskan pencabarnya, Mohd Japar Abdul Majid dalam Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Ke-42, bagi penggal 2022-2025.

Kenyataan itu memaklumkan, jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Matkar Siwang manakala Kamarul Baharin Mansor memenangi jawatan Setiausaha Agung.

Dalam kenyataan MTUC itu juga berkata, persidangan berlangsung selama dua hari dihadiri seramai 411 ahli, dirasmikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Dengan selesainya persidangan itu maka MTUC telah melengkapkan kekosongan semua jawatan kecuali wakil belia dan wanita,” katanya. – SM

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button