Nasional

Pembatalan Ordinan Darurat tidak menjejaskan Akta 342

Pembatalan Ordinan Darurat tidak akan menjejaskan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 343).

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, Akta 343 akan memberi kuasa kepada pelaksanaan undang-undang untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

“Perintah ini mahupun Proklamasi Darurat telah diwartakan dan telah menjadi dokumen awam yang boleh diakses melalui portal Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Oleh itu, semua pihak diminta agar tidak membuat tafsiran yang tersendiri dan tidak tepat mengenai Perintah ini bagi mengelak salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Tambahnya Perintah tersebut yang mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 telah dilanjutkan bagi tempoh 2 Ogos sehingga hujung tahun ini.

Perintah di bawah subseksyen 11(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 turut memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan tempatan jangkitan.

“Sebelum ini, kuat kuasa perintah ini dilanjutkan bagi tempoh 1 April 2021 hingga 1 Ogos 2021.

“Perintah ini telah menetapkan bahawa semua Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan.

“Dengan berkuat kuasanya Perintah ini, pelaksanaan undang-undang boleh diambil melalui arahan pegawai diberi kuasa untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit,” katanya.

Kenyataan Kementerian Kesihatan itu dikeluarkan berikutan kekeliruan masyarakat terhadap penguatkuasaan di bawah Proklamasi Darurat.-SM

 

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button