Teknologi

ECRL Beroperasi Januari 2027, KB-Gombak Hanya 4 Jam, Dilengkapi 4G Pertama di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2025 — Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini memasuki fasa penting apabila unit pertama keretapi dijangka tiba menjelang penghujung 2025, dengan keseluruhan 11 unit bakal beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027.

Kereta api moden ini mampu mencapai kelajuan maksimum 160 km/j serta menawarkan 430 tempat duduk dalam setiap perjalanan. Perjalanan dari Kota Bharu ke Gombak pula dijangka hanya mengambil masa sekitar empat jam sahaja — menjadikannya salah satu pilihan pengangkutan yang lebih pantas, selesa dan cekap bagi rakyat Malaysia khususnya di Pantai Timur.

Lebih menarik, ECRL akan menjadi kereta api pertama di Asia Tenggara yang dilengkapi kemudahan internet 4G sepenuhnya, membolehkan penumpang kekal terhubung sepanjang perjalanan.

Harga tiket dijangka berada pada kadar yang sangat mampu milik iaitu sekitar RM50 sehala, menjadikan ECRL pilihan terbaik untuk perjalanan jarak jauh.

Projek ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan perjalanan, tetapi juga memberi manfaat ekonomi serta membuka potensi pembangunan wilayah Pantai Timur secara menyeluruh.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button