Rencah Hidup

Eco D’rimba Campsite, Sg Pinang, Batang Kali – milik Ana dan Azman

BERKONGSI satu kehidupan dengan pasangan yang dijodohkan adalah seribu rahmat kurniaan Allah SWT. Walaupun usia perkahwinan baharu melangkah lima tahun, dugaan kepada sang isteri apabila tempat beliau mendambakan diri mencari rezeki gulung tikar.

Terus berusaha tanpa mahu membebankan sang suami, itulah pandangan ikhlas yang dapat dinukilankan terhadap bekas wartawan Utusan, Ana Man yang gigih mencari pendapatannya sendiri.

Bukan kerana suami tidak mampu nak menanggung tetapi keterbiasaan bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri membuatkan Ana melakukan pelbagai bidang kerja di luar kotak kewartawanan.

Pernah menjadi ejen hartanah, menjalankan perniagaan kosmetik sehinggalah membabitkan diri dalam boat operator di Tasik Royal Belum, hari ini, beliau berkongsi berita untuk mengusahakan tapak perkhemahan atau campsite di Batang Kali, Selangor.

Memetik catatan peribadi Ana Man di laman facebook akaun miliknya, beliau dan suami sedang berusaha untuk merealisasikan pembangunan campsite yang terletak di tepi sungai.

Catatan Ana, “Merenung masa depan. Semoga ada rezeki di sini. Ikhtiar dan usaha makan masa tahun.

“Sudah merata tempat kami tinjau. Semuanya gagal kerana kekangan kewangan. Nilai tanah tepi sungai hanya golongan have-have jer yang layak. Tentunya kami tak mampu untuk menggapainya.

“Namun jika sudah rezeki, mudah saja lorong yg ditempuh dgn izinNya. Terima kasih Allah atas kurniaan ini.

“Insya-Allah, tanah sekangkang kera yang sekadar termampu kami pajak di tepi Sungai Pinang akan berubah wajah menjadi tapak perkhemahan (campsite),” catat Ana.

Nukilan Ana, “setakat ini, itu saja yang kami mampu usahakan termasuk sebuah pondok kayu yang akan menjadi tempat kami berteduh dari panas dan hujan.

“Tempat kami beribadat dengan tenang dalam suasana hutan yang damai bersama alunan aliran sungai yang gemersik.

“Doakan kami berjaya menggapai impian. Jauh lagi perjalanan yang bakal ditempuh,” kata Ana.

Kata Ana kepada suaminya, “untuk suami tercinta, terima kasih kerana sentiasa memahami dan menyokong apa saja kerjaya yang pernah dicuba terutama saat sukar selepas Utusan yang menjadi sumber rezeki hampir 22 tahun ditalkinkan.

“Untuk sayangku Azman Ahad . Happy Anniversary dan Selamat datang ke Eco D’rimba Campsite, Sg Pinang, Batang Kali.

“Nota: Campsite masih dalam pembinaan dan dijangka akan dibuka selepas Aidilfitri ini,” tulis Ana Man. – SM

(Visited 1,421 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button