Ekonomi

ECERDC tarik RM2.7 bilion pelaburan ke Terengganu melalui inisiatif strategik

MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yakin akan dapat mencapai sasaran pelaburan tahun 2021 untuk negeri Terengganu menjelang penghujung tahun ini.

Setakat 30 Jun 2021, ECERDC telah berjaya  menarik pelaburan sebanyak RM2.7 bilion daripada sasaran pelaburan komited RM3.9 bilion untuk tahun 2021 ke Terengganu.

Ini dijangka akan mewujudkan sebanyak 3,040 pekerjaan dan 214 peluang keusahawanan baharu bagi rakyat di Terengganu.

“Susulan kemasukan pelaburan yang memberangsangkan untuk tahun 2021 setakat ini, ECERDC akan meneruskan usaha untuk memastikan projek-projek dan inisiatif-inisiatif yang sedang berjalan seperti kerja-kerja infrastruktur dan program-program pembangunan modal insan dilaksanakan seperti yang dirancang untuk mempertingkatkan daya tarikan negeri ini sebagai sebuah destinasi pelaburan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC) Terengganu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.


Pada mesyuarat tersebut, Menteri Besar menggesa semua pihak untuk terus berusaha menarik pelaburan baharu ke Terengganu, terutamanya dalam pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) dan Taman Biopolimer Kerteh.

Beliau juga berkata Kerajaan Negeri komited untuk menyokong inisiatif [email protected] yang sedang dirancang oleh ECERDC, terutamanya projek Lembah Tenusu Terengganu, serta projek-
proiek Penanaman Kelapa, Makanan Ternakan dan Fertigasi, agar sektor pertanian dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri yang berterusan.

ECERDC terus menggiatkan usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Wilayah ini terutamanya dalam sektor minyak, gas dan petrokimia (OGP).

Walaupun tidak dapat menerajui misi pelaburan ke luar negara atau mengadakan acara fizikal, ECERDC telah menganjurkan tiga webinar pada separuh pertama 2021 untuk membina hubungan dan menarik pelabur-pelabur antarabangsa.

Lebih daripada 900 pelabur berpotensi telah mengambil bahagian dalam webinar-webinar pelaburan ini.

Di samping itu, terdapat beberapa program webinar sedang dalam  Terengganu, seperti pertanian, pelancongan dan tenaga bio (bio-energy).

Kerja-kerja perluasan bagi Fasa 3 dan 4 sedang berjalan di Taman Biopolimer Kerteh, sebuah taman perindustrian bersepadu yang akan mengetengahkan negeri ini sebagai pemain utama dalam industri bio, sementara Fasa 1 dan 2 sudah hampir penuh diduduki.

Kelebihan taman industri ini terletak pada akses mudah kepada bahan mentah untuk sektor ini.

Taman ini telah menarik pelaburan komited sebanyak RM5.4 bilion sejak ia dilancarkan dan telah mewujudkan lebih daripada 6,000 peluang pekerjaan.

Pembangunan modal insan merupakan kunci untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat di ECER. ECERDC akan terus melaksanakan program-program pembangunan modal insan bagi memastikan semua segmen masyarakat mempunyai akses kepada peluang-peluang yang diwujudkan di ECER.

Untuk membantu rakyat ECER yang terkesan akibat pandemik, ECERDC telah melaksanakan pelbagai Program Latihan Semula dan Peningkatan Kemahiran.

Program-program ini telah membantu para graduan memperoleh kemahiran baharu yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan. Di Terengganu, seramai 1,135 peserta telah dilatih dan daripada jumlah tersebut, 943 orang telah ditawarkan pekerjaan di mana mereka menikmati pendapatan antara RM1,400-RM4,000 sebulan.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button