Hiburan

Peminat tunggu ‘jodoh’ terkini Aishah

SUDAH lama para peminat tegar Wan Aishah Wan Ariffin menunggu kelahiran lagu terbaharu yang semestinya menjadi single terkini penyanyi bersuara gemersik ini.

Malahan kelab peminat beliau yang dianggotai ahli yang pro-aktif, besar kemungkinan tidak sabar-sabar menunggu kemunculan single terbaharu Aishah.

Single terbaharu Aishah itu bolehlah diumpamakan sebagai ‘jodoh’ terkini Aishah kerana sudah agak lama juga dalam kurang lebih 4 tahun, Aishah tidak melahirkan single.

Kira-kira sejam yang lalu, melalui perkongsian yang dimuatnaik oleh Aishah di akuan Facebooknya, beliau memaklumkan rasa seronok kerana dapat kembali berkarya.

Ya, kata Aishah, sudah lama tak masuk studio. Bukan main seronok dapat berkarya.

Aishah dalam catatannya turut berkata, beliau sentiasa mencabar diri sendiri untuk memperbaiki skil yang ada yang mana pastinya beliau merujuk kepada skil dan teknik nyanyian yang lebih bagus.

“Semoga peminat akan terhibur,” kata Aishah.

Persiapan Aishah untuk single terbaharunya nanti akan dilengkapi dengan video lirik.

Pastinya akan menjadi teka teki, adakah Aishah akan melantik mana-mana pihak untuk bertindak sebagai pengedar single terbaharunya itu nanti.

Kita juga sedang menantikan judul single terbaharu Aishah dan yang pastinya, strategi pengedaran perlu ada dan pilihannya ialah dengan menggunakan platform digital.

Selepas kembali sihat gara-gara positif Covid-19, Aishah amat bersemangat untuk memberikan yang terbaik menerusi single terbaharunya itu.

“Masih mengekalkan konsep balada dalam komposisi lagu tetapi kita suntik sedikit kelainan,” katanya kepada wartawan SUARA MERDEKA hari ini.

Sama-sama kita nantikan kemunculan single terbaharu daripada Aishah. – SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button