Nasionalpilihan

Dakwaan suntikan kosong di PPV Bangi hanya salah faham

PUSAT Pemberian Vaksin Bangi Avenue Convention Centre (BACC) HCO A, Selangor menafikan terdapat suntikan vaksin kosong di PPV berkenaan seperti yang tular di media sosial.

Malah, satu laporan polis untuk menafikan perkara tersebut juga telah dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang bertugas di PPV berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, laporan polis itu bagi menafikan berkaitan kenyataan seorang lelaki penerima vaksin nyaris disuntik dengan vaksin kosong ketika pergi mendapatkan suntikan vaksin di sana pada 17 Julai lalu.

“Walaubagaimanapun tiada sebarang gambar dan video berkaitan kejadian tersebut ditularkan.

“Hasil siasatan, kita mendapati petugas di PPV berkenaan telah pun berhubung dan menerangkan dengan jelas prosedur pengambilan vaksin kepada lelaki tersebut dan penerima vaksin tersebut telah berpuas hati,” katanya.

Menurut Mohd. Zaid, apa yang berlaku hanyalah salah daham di mana lelaki itu menyangka dirinya telah disuntik dengan vaksin kosong tetapi kejadian sebenar, dia telah pun disuntik dengan vaksin jenis Sinovac.

Jelasnya, setakat ini, tiada apa-apa laporan polis dibuat oleh penerima vaksin tersebut atau mana-mana individu berkaitan dakwaan hampir ditipu ketika menerima suntikan vaksin di pusat vaksin tersebut.

“Laporan polis hanya dibuat pihak BACC untuk menjelaskan dan menafikan perkara tersebut (suntikan vaksin kosong) adalah tidak berlaku.

“Kes telah disiasat oleh pihak polis dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan siasatan dapati ciapan di ruangan komen Twitter tersebut adalah dibuat oleh teman wanita penerima vaksin tersebut yang menyebabkan ianya tular dan mendapat pandangan negatif daripada masyarakat terhadap perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan/ciapan yang tidak pasti kebenarannya terutama bagi isu-isu sensitif seperti pemberian vaksin.

Tambahnya, ini bagi mengelakkan salah tanggapan atau pandangan serong daripada masyarakat serta boleh mendatangkan kegusaran dan menganggu-gugat ketenteraman awam berkaitan isu pemberian vaksin tersebut. -SM

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button