Analisis

AHMAD ZAHID HAMIDI PRESIDEN YANG TIDAK BOLEH DIKRITIK OLEH AHLI-AHLI UMNO

16 Ogos 2023.

DSBA | ISU PANAS POLITIK.

1.  UMNO yang dilahirkan di Istana Johor, Johor Bharu pada tanggal 11 Mei tahun 1946, kini berhadapan dengan satu lagi Krisis Kepimpinan apabila Pilihanraya 6 Negeri baru-baru ini membawa kepada keputusan terburuk dalam 77 tahun sejarah UMNO.

2.  Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan Presiden UMNO yang telah menempa sejarah sebagai Presiden UMNO yang mendapat keputusan terburuk dalam Sejarah Pilihanraya Umum ke 15 dan PRN 6 Negeri.

Pada PRU ke 15, UMNO bertanding di 120 kerusi majority Melayu tetapi hanya menang 26 kerusi.

BN bertanding dikesemua 222 kerusi Parlimen dan hanya menang 30 kerusi.

Baru-baru ini, pada PRN 6 Negeri, UMNO tanpa sokongan MCA dan MIC, bertanding 108 kerusi di 6 buah Negeri, hanya menang 19 kerusi DUN sahaja.

3.  Itu pun Presiden UMNO masih lagi tidak mahu mengambil tanggung-jawab penuh dan mengundurkan diri.

Zahid Hamidi masih lagi mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri yang disandangnya.

4.  Amat malang nasib Ahli-Ahli UMNO, UMNO yang hampir-hampir terkubur, masih lagi mempertahankan Presiden UMNO yang telah ditolak secara TOTAL.

5.  Kebanyakkan Orang-orang Melayu telah menolak kerjasama politik Jajaran Baru antara UMNO dengan DAP dan PKR.

NO DAP.

NO ANWAR.

Masih merupakan Naratif dan pegangan Orang-orang Melayu di Tanah Melayu Malaysia ini.

6.  Kekecewaan Orang-orang Melayu telah diterjemahkan di peti-peti undi pada PRN 6 Negeri ini.

Di Negeri Kedah, UMNO tidak menang satu kerusi DUN pun. 0 kerusi.

Di Negeri Kelantan, UMNO hanya menang 1 kerusi di Galas iaitu di Gua Musang.

Di Terengganu, UMNO buat pertama kalinya kalah semua kerusi yang dipertandingkan.

Di Pulau Pinang, UMNO hanya menang di 2 kerusi DUN.

Manakala di Negeri Selangor, UMNO hanya menang di 2 kerusi, seolah-olah UMNO di talkinkan dengan 2 Batu Nesan di kuburan.

7.  Ahli-Ahli UMNO di akar umbi menolak cadangan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang menyuruh mereka keluar mengundi dan menyokong Calon-Calon DAP dan PKR dalam PRN 6 Negeri ini.

Maka, jelas kelihatan ramai Ahli-Ahli UMNO yang berhijrah menyokong Perikatan Nasional didalam PRN ini.

8.  Ciri-ciri kepimpinan yang songsang, iaitu LAIN CAKAP DAN LAIN BUAT membuatkan Rakyat menzahirkan kekecewaan mereka kepada UMNO dan mengalihkan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional.

Tambahan pula, sifat dendam berada pada kepimpinan UMNO, yang telah bertindak mengantung dan memecat begitu banyak pemimpin UMNO yang tidak bersalah, demi kerana mereka mengkritik Presiden UMNO.

Dengan menjadikan alasan kononnya ini dilakukan untuk membersihkan UMNO dari pengkhianat, pemimpin-pemimpin ini telah dipecat ataupun digantung termasuklah Hishammuddin, Noh Omar, Annuar Musa, Shahidan Kassim, Khairi Jamaluddin, Tajuddin Rahman, Shahril Hamdan, Tun Faisal, Yusof Ismail dan banyak lagi yang lain.

Akhirnya, UMNO kini menjadi satu parti yang semakin kecil, terasing dari politik perdana Negara dan kehilangan sokongan orang-orang Melayu secara besar-besaran.

9.  Sekiranya UMNO tidak mengambil satu tindakan yang drastik dengan meminta Presiden UMNO untuk berehat dan meminta Tok Mat Hassan memangku jawatan Presiden UMNO.

UMNO dijangka akan terkubur dalam masa 4 tahun ini sebelum UMNO berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 16.

Pilihanraya Umum ke 16, akan memahat batu Nesan UMNO untuk selama-lamanya.

UMNO dilihat tidak akan lagi menjadi satu Parti Keramat tetapi UMNO akan hanya dikenang sebagai Satu Parti Politik Melayu didalam Lipatan Sejarah Melayu sahaja.

SEKIAN.

(Visited 813 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button