Nasional

Sultan Johor biaya kos baik pulih wad HSA

SULTAN Johor, Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda berkenan untuk membiayai kos baik pulih wad perubatan perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar petang, semalam.

Sultan Ibrahim berkata, baginda juga akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dimulakan segera, di mana kos pembaikan ditanggung sepenuhnya
oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

“Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

BACA > Wad HSA terbakar: Dr. Noor Hisham puji kecekapan kakitangan selamatkan pesakit

“Selalunya kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Sultan Ibrahim juga bertitah bahawa baginda sentiasa mengutamakan rakyatnya dan peranan YSIJ juga amat besar kerana sentiasa terlibat dalam membantu orang ramai dalam pelbagai perkara.

Semalam, wad perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) terbakar lagi kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketika kejadian 52 pesakit berada dalam Kompleks Wad Perubatan Perempuan. Daripada jumlah itu 24 pesakit berada dalam wad yang terbakar diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Pantas (Emergency Respon Team).

BACA > Sampai bila negeri, anak-anak Johor dianaktirikan?

Pada Oktober 2016, berlaku kebakaran besar di Wad Rawatan Rapi (ICU) HSA sehingga mengorbankan enam nyawa. -SM

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button